SEKAPUR SIRIH PENGARAH SELEMBAR CORETAN PCS SEULAS PINANG PPD
SECEBIS BAHASA GB SEUNGKAP KATA BEKAS PIBG SEKILAS RASA PIBG
SETITIS  TINTA JPS    

 

                         

      

JABATAN PENDIDIKAN JOHOR, 

WISMA PENDIDIKAN  

JALAN TUN ABDUL RAZAK,

80604 JOHOR BAHRU, 

JOHOR DAARUL TA'ZIM

Telefon

Pengarah      : 07-2361787

Pejabat Am   :  07-2361633

No. Fax          :  07-2385789

                       :  07-2378319 

Peperiksaan  :  07-2361979 

No. Fax          :  07-2369084

          

 

                                                        

  

 

 

 

Email: jpnjohor@joh.moe.gov.my


 

PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR

 

 

Salam Sejahtera.

 

Langkah SJK(C) Yu Ming (1), Pekan Nanas, Pontian, membina laman web sendiri sebagai satu usaha untuk meningkatkan komunikasi sangat dialu-alukan.

Dalam era ledakan maklumat dan dasar langit terbuka, pelbagai ilmu pengetahuan sains dan teknologi maklumat (IT) adalah selaras dengan hasrat menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf antarabangsa. Untuk itu, pelajar dikehendaki menguasai pengetahuan sains dan teknologi serta IT secara berkesan supaya mereka dapat memupuk budaya ilmu untuk melangkah seiring dengan masyarakat global yang sedang mengharungi dunia tanpa sempadan.

 

Keberkesanan laman web seumpama ini banyak bergantung kepada usaha pihak sekolah yang tekal dalam mengemaskini segala maklumat yang terkadung didalamnya. Maklumat yang tidak dikemas kini tidak banyak membawa erti dan menyebabkan orang tidak mahu lagi mengunjungi lamam tersebut.

 

Akhir kata, saya percaya laman web ini akan bermanfaat kepada sekolah dan menjadi contoh atau model bagi sekolah yang masih belum mempunyai laman webnya sendiri.

 

Terima Kasih.  

 

 

(HAJI SENAN BIN IBRAHIM)

Pengarah Pendidikan Johor