SEKAPUR SIRIH PENGARAH SELEMBAR CORETAN PCS SEULAS PINANG PPD
SECEBIS BAHASA GB SEUNGKAP KATA BEKAS PIBG SEKILAS RASA PIBG
SETITIS  TINTA JPS    

 

SJK(C) Yu Ming 1 Pekan Nanas

SJK(C)Yu Ming (1)

81500 Pekan Nanas, Pontian

Tel: 07-6991260 Email: sjkcym1@tm.net.my

 

 


 

 

GURU BESAR 

 

 

GURU BESAR 

ENCIK TAN KEE TENG P.I.S.  

  

        Sesungguhnya, perancang yang teliti mengikut tuntutan semasa, kemudahan yang lengkap dan terkini, serta pelaksanaan yang bersistematick lagi bersungguh-sungguh adalah antara faktor-faktor yang penting untuk menjayakan segala program sekolah khasnya, dan mencapai prestasi kecemerlangan dalam bidang pendidikan amnya. 

 

        Menyedari hakikat ini, pihak sekolah perlu menyatupadukan tenaga semua ahili warga sekolah untuk sama-sama mendukung hasrat sekolah menuju ke arah sekolah bestari. Salah satu usaha ialah penguasaan kemahiran teknologi maklumatt(IT).Saya berasa bangga kerana atas usaha Guru Data, Cik Nge Mee Fong, dan dibantu oleh Guru Maklumat, Encik Mahat Bin Mohd.amin serta bekas anak murid saya, Encik Tang Guan Yee, Laman Web sekolah ini  dapat dilancarkan dengan sempurna dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. 

 

        Usaha ini memang tepat pada masanya dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina  sebuah masyarakat  yang berasaskan teknologi maklumat yang canggih dan progresif.Kesungguhan kerajaan jelas ditunjukkan melalui pembangunan pesat Koridor Raya Multimedia(MSC) dan penggalakan perdagangan melalui internet (e-commerce & e-banking) serta penawaran pelbagai insentif dan kemudahn kewangan oleh kerajaan kepada pihak swasta.

 

         Oleh yang demikian, sebagai tapak yang membekalkan sumber tenaga untuk pembangunan negara, kita harus memastikan anak-anak murid yang merupakan bakal peminpin negara dapat mendampingi dan seterusnya menguasai kemahiran menggunakan komputer dan pakar dalam teknologi maklumat, agar dapat membantu merealisasikan matlamat unggul kerajaan sepertimana yang disyorkan dalam Wawasan 2020. Bagi kaum guru dan kakitangan sokongan sekolah pula, memang sudah sampai masanya kita menyahut seruan kerajaan ke arah pentadbiran pengurangan kertas (paperless government administration).

 

         Marilah kita sama-sama berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan teknologi maklumat yang terkini supaya lebih berdayasaingan dalam menghadapi cabaran  abad ke 21. 

 

         Sekian, terima kasih.

 

GURU BESAR 

ENCIK TAN KEE TENG P.I.S.