SEKAPUR SIRIH PENGARAH SELEMBAR CORETAN PCS SEULAS PINANG PPD
SECEBIS BAHASA GB SEUNGKAP KATA BEKAS PIBG SEKILAS RASA PIBG
SETITIS  TINTA JPS    

 

                   

                    Chia Chong PIS

                         Pengerusi,

                         Jemaah Pengurus Sekolah

Saya berasa amat bangga atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata di laman web sekolah Yu Ming (1) yang dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Usaha ini selaras dengan perkembangan IT yang mendapat galakan kuat daripada pihak kerajaan kita, khususnya berikutan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Adalah diakui bahawa kewujudan internet membolehkan orang ramai mengetahui pelbagai maklumat dan pengetahuan di negara-negara lain termasuk bidang politik, sosioekonomi, budaya hidup dan sebagainya meskipun hanya duduk di rumah. Pendek kata, kemudahan IT seolah-olah telah dapat mendekatkan jarak antara negara-negara di seluruh dunia untuk memudahkan orang ramai mengumpul pelbagai ilmu.

Program laman web S.J.K.(C) Yu Ming (1) sudah pasti dapat membimbing anak murid agar lebih ghairah untuk mempelajari dan mengenali ilmu tentang komputer dan IT, sejajar dengan tuntutan dan perkembangan zaman telekomunikasi dan sains teknologi yang semakin canggih.

Kami turut berharap agar laman web S.J.K.(C) Yu Ming (1) ini dapat menjadi saluran penting untuk membolehkan penghuni Pekan Nanas dan bekas pelajar sekolah yang berada di merata-rata tempat agar lebih memahami perkembangan sekolah baik dari segi fizikal mahupun dari segi pencapaian akademik tanpa perlu berkunjung ke sekolah.

Akhir sekali, saya berharap agar laman web S.J.K.(C) Yu Ming (1) akan dibekalkan maklumat terkini dari semasa ke semasa demi manfaat mereka yang melayarinya. Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah atas usaha murni ini. Terima kasih.

 

 

Chia Chong PIS

Pengerusi,

Jemaah Pengurus Sekolah