SEKAPUR SIRIH PENGARAH SELEMBAR CORETAN PCS SEULAS PINANG PPD
SECEBIS BAHASA GB SEUNGKAP KATA BEKAS PIBG SEKILAS RASA PIBG
SETITIS  TINTA JPS    

 

       

Encik Lim Kim Whe, bekas Pengerusi PIBG

              Pada abad ke 21 yang penuh dengan cabaran ini,  pelbagai alat dan peristiwa baru wujud dan berlaku dari semasa ke semasa. Ternyata masyarakat kita telah masuk ke era komunikasi multimedia, dan kemudahan multimedia telah menjadi sebahagian daripada keperluan yang pentng dalam kehidupan manusia.

                 Berikutan wujudnya Koridor Raya Multimedia (MSC) di negara kita, S.J.K.(C) Yu Ming (1) turut menjejak langkah ke laman web di Internet untuk mengikuti atau melayari bidang komunikasi moden ini agar dapat menimba pelbagai ilmu terkini yang semakin berkembang mengikut perubahan zaman. Syabas saya ucapkan kepada semua warga sekolah ini atas usaha mereka yang murni ini.]

              Melalui laman web sekolah, semua orang, khasnya kaum ibu bapa , bekas pelajar dan anak murid dapat mengetahui selok-belok tentang sekolah, termasuk infrastruktur sekolah, organisasi sekolah, kegiatan kurikulum dan kokurikulum sekolah, dan sebagainya. Dengan cara ini, orang ramai mudah menyumbangkan idea dan bantuan untuk sama-sama menjaga kebajikan murid sambil memajukan sekolah.

                Memandangkan peranan komputer  semakin penting dalam sistem pendidikan sekarang, adalah diharapkan agar semua murid menguasai ketiga-tiga bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,  di samping mahir menguasai pengetahuan tentang cara menggunakan komputer. Sekiranya kita masih ketinggalan dalam penguasaan komputer dan alat multimedia yang lain, kita pasti ketinggalan jauh untuk memperoleh ilmu pengetahuan lalu tercicir dari arus perkembangan zaman.

              Namun ingin kita berhati-hati semasa menggunakan kemudahan multimedia kerana saluran ini sering disalahgunakan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat palsu ataupun sesuatu yang berunsur negatif yang terdaya meracuni fikiran ataupun meruntuhkan akhlak seseorang. Ingin saya menyeru kaum ibu bapa agar lebih memberikan perhatian semasa anak-anak mendekati komputer atau alat multimedia yang semakin canggih ini.

             Adalah harapan kita semua agar Jemaah Pengurus Sekolah, PIBG dan sekolah akan senantiasa mengekalkan hubungan erat agar dapat menggunakan tenaga gabungan yang kuat ini untuk memajukan sesebuah sekolah dari pelbagai segi. Hanya wujudnya semangat yang utuh antara ketiga-tiga pihak ini, sesebuah sekolah mudah mengorak langkah ke arah yang lebih cemerlang dalam bidang pendidikan.  

Sekian, terima kasih.

( Encik Lim Kim Whe )

Pengerusi PIBG