SEKAPUR SIRIH PENGARAH SELEMBAR CORETAN PCS SEULAS PINANG PPD
SECEBIS BAHASA GB SEUNGKAP KATA BEKAS PIBG SEKILAS RASA PIBG
SETITIS  TINTA JPS    

 

                          Pejabat Pendidikan Daerah Pontian

                          Wisma Pendidikan 

                          1927, Jalan Alsagoff

                          82000 Pontian

                          Tel     :  07-6871677

                          Fax     :  07-6870580

                          E-Mail  :  ppdptn@tm.net.my

                                                     


                      

Selamat Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Information Communication Technology (ICT) Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Ming 1 kerana telah memberi peluang kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata di dalam buku program ini.

Tahnish, saya ucapkan kepada Ahli Jawatankusa kerana telah berjaya membangunkan laman web yang amat berguna kepada warga penidikan di sekolah khasnya da juga seluruh warga pendidikan amnya.

Kemajuan teknologi komunikasi dan internet telah membuka banyak peluang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai azam dan keinginan untuk lebih berjaya dalam bidang-bidang yang diceburi.  Kini kita amat terdedah kepada persaingan di peringkat global dalam isi pendidikan.  Kita perlu mengambil peluang ini untuk memperbaiki mana-mana aspek yang dirasakan perlu sama ada dalam skop pendidikan atau lain-lain seperti pengurusan, pentadbiran dan juga aktiviti luar bilik darjah yang memberi manfaat kepad tugas atau aktiviti harian kita.

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan tahniah atas usaha dan kejayaan pihak Jawatankuasa ICT sekolah yang berjaya melancarkan laman web ini dan kepada semua warga pendidikan diucapkan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

 

( HJ. UMAR BIN KAMARI )
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pontian.