SEKAPUR SIRIH PENGARAH SELEMBAR CORETAN PCS SEULAS PINANG PPD
SECEBIS BAHASA GB SEUNGKAP KATA BEKAS PIBG SEKILAS RASA PIBG
SETITIS  TINTA JPS    

 

         

Encik Chai Soong Fah, Penyelia Sekolah Cina, (PSC)

Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

 

Saya berasa bangga apabila dimaklumkan bahawa S.J.K.(C) Yu Ming (1) Pekan Nanas akan melancarkan laman web sekolahnya. Kewujudan laman web ini akan membolehkan para guru, ibu-ibu bapa dan murid-muridnya menggunakan saluran ini untuk mengetahui maklumat terkini sekolah dan segala aktiviti yang dilaksanakan sepanjang masa. Cara ini bukan saja memudahkan orang ramai, khususnya ibu bapa mendapatkan maklumat sekolah, tetapi juga merupakan satu perkembangan alaf baru.

Untuk menguasai kemahiran menggunakan komputer, kita harus senantiasa mendekatinya. Sekiranya terdapat sebuah komputer di rumah, kita akan mudah menghubungi dunia luar untuk memperoleh pelbagai ilmu dan maklumat. Kaum ibu bapa berpeluang untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka melayari kandungan internet untuk mempelajari dan mengenali alat ciptaan baru ini, melengkapkan diri sebagai insan yang berjaya dalam era perkembangan multi media dan teknologi komunikasi baru.

Adalah menjadi hakikat bahawa kewujudan setiap alat ciptaan baru memerlukan orang yang berani memperluas dan memperkembangkan penggunaannya. Meskipun kita mungkin menghadapi halangan dan rintangan, namun asalkan kita mempunyai semangat yang kental untuk mempelajarinya secara berterusan, saya yakin dan percaya bahawa kita akan dapat mencapai sasaran dan matlamat kewujudan alat moden tersebut.

Diharapkan agar laman web S.J.K.(C) Yu Ming (1) ini mendapat restu dan sokongan jitu daripada kaum ibu bapa sekolah itu untuk memastikan saluran perhubungan antara ibu bapa dan warga sekolah dapat menampakkan kesan yang terbaik lagi berkesan dalam usaha mewujudkan suasana mesra P & P di sekolah ini. Tahniah dan syabas kepada semua.