SEKAPUR SIRIH PENGARAH SELEMBAR CORETAN PCS SEULAS PINANG PPD
SECEBIS BAHASA GB SEUNGKAP KATA BEKAS PIBG SEKILAS RASA PIBG
SETITIS  TINTA JPS กก กก

                 

                   Pengerusi PIBG 2002-2003 -Oh Cho It

กก

Kami memang memahami hakikat bahawa Guru Besar dan setiap guru terpaksa menggunakan setiap detik di sekolah untuk menguruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) moden yang semakin menampakkan perubahan dan perkembangan, benar-benar tidak mempunyai masa yang berlebihan untuk bertemu dengan ibu bapa untuk berbincang tentang masalah anak murid. Namun, kami berterima kasih kepada pihak sekolah yang telah menetapkan setiap hari Jumaat sebagai hari Guru Besar Bertemu Dengan Ibu bapa dan memilih sehari setiap tahun sebagai Hari Ibu bapa untuk membolehkan ibu bapa bertemu dengan para guru yang mengajar anak mereka.

Untuk membolehkan kaum ibu bapa mengetahui lebih banyak tentang maklumat pembelajaran anak mereka di sekolah, pihak sekolah dan PIBG terpaksa berikhtiar mencari saluran tambahan, dan Guru Besar berpendapat bahawa penggunaan Laman Web Sekolah merupakan salah satu saluran yang depat berfungsi secara berkesan untuk mencapai matlamat ini.

Menurut Guru Besar, pihak sekolah telah melantik Cikgu Nge Mee Fong, Guru Komputer Tang Guan Yee, Cikgu Choh Siew Leng dan Cikgu Mahat Bin Mohd. Amin sebagai AJK Khas bagi menguruskan laman web sekolah. Pihak sekolah berharap agar kaum ibu bapa dapat mengetahui serba sedikit tentang aktiviti sekolah dan perkembangan sekolah yang dirancang dan dijalankan demi manfaat anak mereka. Selain mengetahui penglibatan anak dalam aktiviti sekolah, ibu bapa yang ingin menyimpan gambar anak untuk kenangan abadi di rumah, bolehlah menghubungi guru-guru tersebut di atas.

Sambil mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah atas usaha murni ini, saya tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepad Jawatankuasa PIBG tahun lepas dan kaum ibu bapa yang telah sudi menyumbangkan derma dan bantuan wang melalui aktiviti "Jualan Amal" yang berjaya mengutip sejumlah kira-kira 18 ribu ringgit untuk mewujudkan Bilik PAK yang berhawa dingin untuk pengunaan para warga sekolah ini.

Untuk membolehkan anak-anak kita memiliki ruang pembelajaran yang selesa lagi mesra, saya dan barisan PIBG yang baru berikhtiar dan berjanji akan membantu pihak sekolah sedaya yang mungkin untuk menjayakan segala aktiviti dan rancangan sekolah untuk anak murid. Semoga mendapat sokongan kuat dan bantuan penuh para ibu bapa. Sekian, terima kasih.