Make your own free website on Tripod.com

               ( Menimba Ilmu Menerusi Berbagai-bagai Aktiviti Rekaan. )


1) Matlamat : 

  1. menimbulkan minat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan di luar bilik darjah.

  2. menyemai unsur-unsur pendidikan moral agar terbentuknya generasi muda yang berakhlak mulia.

  3. mengindahkan kawasan sekolah sebagai salah satu langkah sokongan untuk membantu program keceriaan sekolah.

  4. melatih pelajar agar tahu menggunakan bahan buangan dengan sepenuhnya untuk menimba ilmu pengetahuan tambahan sambil mengelakkan pembaziran.

2) Tenaga yang terlibat :

  1. Guru Besar sebagai perancang dan pembekal idea untuk program ini
  2. Semua warga sekolah sebagai tenaga pelaksana, penggerak utama dan pengamal intisari program ini.
  3. Semua PRA sekolah ini dan PRA S.J.K.(C) Yu Ming (2) iaitu En. Sadon sebagai tenaga utama membina dan memasang segala kemudahan dan alat yang bertujuan menyalurkan pelbagai ilmu pengetahuan dan nilai-nilai moral yang mulia.
  4. Pihak PIBG sekolah sebagai penyokong program ini dan bersedia membantu dari segi kewangan, jika diperlukan.
  5. Persatuan Murid-murid Tua yang membekalkan bahan binaan untuk menyediakan landskap yang menarik sebagai sudut menggosok gigi untuk penggunaan semua murid Yu Ming (1) dan Yu Ming (2).

3) Intisari program :

4 ) Pemantauan :

    Untuk memastikan segala yang dirancangkan menerusi program ini benar-benar membuahkan hasil, pihak sekolah akan mengadakan pertandingan berbentuk kuiz dan isi tempat kosong tentang kata-kata hikmat yang tertera pada papan-papan tergantung itu serta apa sahaja yang terdapat pada sudut menggosok gigi.

    Sebelum mengadakan pertandingan pada penghujung semester tahun 2002, guru-guru bahasa dan Pendidikan Moral ditugaskan untuk memastikan para pelajar memahami segala maklumat atau intisari program ini.

5) Aktiviti-aktiviti sampingan :

    Selain 2 aktiviti utama yang telah dikenal pasti dan akan mula dilaksanakan pada bulan Mac 2002, pihak sekolah juga akan merancang aktiviti-aktiviti sampingan yang difikirkan turut dapat mencapai matlamat program MIMBAR ini.

    Melalui perbincangan dengan guru-guru sekolah ini, aktiviti-aktiviti yang dianggap turut dapat membantu menjayakan program MIMBAR ini melalui poster-poster dan bahan-bahan pameran di dalam bilik-bilik berikut termasuk :-

  1. Kewujudan “Bilik Ibadah”pada bulan September 2001 di bawah pimpinan  Puan Sa`ranah Balian ( Pembantu Tadbir sekolah )
  2. Kewujudan “Bilik Kesihatan”pada bulan Oktober 2001 di bawah pimpinan Cikgu Chan Kim Leng
  3. Program “Kitar Semula”pada bulan November 2001 di bawah pimpinan Cikgu Nor Diana.

  4. Program “Celik Komputer" akan dilancarkan pada bulan Mac 2002 di bawah pimpinan Cikgu Nge Mee Fong.
  5. Program "Latihan Pancaragam Menerusi Multimedia" di bawah pimpinan    Cikgu Choh Siew Leng.
  6. Program “Pustakawan Alaf Baru" di bawah pimpinan Cikgu Chai  Yoon Chin.

    Adalah harapan kami agar program MIMBAR ini dapat mencapai matlamat yang kami idam-idamkan. Kami penuh yakin dan percaya bahawa seseorang pelajar mudah mencapai kejayaan sekiranya dia mempunyai minat terhadap sesuatu. Minat itu akan timbul dalam jiwa seseorang pelajar itu sekiranya dia banyak menerima pendedahan melalui pancainderanya. Atas sebab inilah pihak sekolah mewujudkan program MIMBAR ini supaya para pelajar di sekolah ini dapat menimba ilmu pengetahuan tambahan melalui saluran dan sumber lain yang lebih menarik di sekitar kawasan sekolah pada bila-bila masa, selain buku teks yang diajar di dalam bilik darjah.