Make your own free website on Tripod.com

 

Sejarah Sekolah Yu Ming bermula dari sini ……

       Sebagai kesan daripada penjajahan Jepun, banyak sekolah yang terdapat di kawasan Pekan Nanas seperti Sekolah Hwa Chiao, Sekolah Nan Qiang mengalami kerosakan yang teruk, menyebabkan banyak anak murid yang telah mencapai umur memasuki sekolah kehilangan peluang untuk menimba ilmu di sekolah.

        Oleh yang demikian, saya bersama Lim Yi Zhong, Her Teck Qing, Koh Chong Ming, Kok Jie Mei, Koh Zheng Kok, Tan Yue Seng, Tam Wei Jie dan rakan-rakan lain telah mengadakan ceramah khas untuk mendirikan sekolah. Semua yang hadir bersependapat untuk membina sekolah dengan segera agar anak-anak kampung ini berpeluang belajar.

 

          Ekoran daripada itu, sebuah jawatankuasa pembangunan sekolah ditubuhkan dengan memilih Lim Wee Yong sebagai Pengerusi, Koh Chong Ming sebagai Naib Pengerusi, Lim Yi Zhong sebagai Setiausaha, Penolong Setiausaha ialah Lee Chang Xiong. Bendahari ialah Tam Wei Jie , Lam Rou Mei dipilih sebagai Setiausaha Kerja dan penolongnya Her Teck Qing. Jawatan Pegawai Perhubungan disandang oleh Lim Wei Yaw manakala penolongnya ialah Koh Zheng Kok dan jawatan Penyelia Sekolah dan penolongnya pula dipegang oleh Shee Ping Hui dan Tan Yue Seng.

          Pada peringkat awal pembinaan sekolah, jawatankuasa mengambil keputusan untuk menjadikan kilang bir nanas yang dibina oleh militer Jepun sebagai tapaknya. Nama sekolah yang diberikan ialah Sekolah Chong Hwa. Jawatankuasa telah melancarkan kutipan derma untuk projek pembinaan semula sekolah dan seterusnya melantik Encik Chiu Lim Yong telah diundang untuk memegang jawatan sebagai Guru Besar. Bilangan anak murid pada ketika itu ialah kira-kira 160 orang, diagihkan ke empat buah bilik darjah. Gaji tenaga pengajar dibayar dengan menggunakan yuran sekolah yang dikutip daripada anak murid. Bayaran yang tidak mencukupi ditanggung oleh Jawatankuasa Pembangunan Sekolah melalui pelbagai aktiviti kutipan derma.

           Pada tahun berikutnya, bilangan anak murid di sekolah ini meningkat sehingga melebihi  300 orang. Sebagai akibatnya, bilangan bilik darjah tidak mencukupi. Pihak sekolah terpaksa menggunakan dewan sebagai bilik darjah sementara untuk memastikan proses P & P dapat berjalan dengan lancar .

           Pada tahun 1947, disebabkan berlakunya pemberontakan, sebilangan orang yang kononnya pahlawan anti-Jepun yang bersenjatakan senjata api telah keluar memburu ahli-ahli jawatankuasa sekolah yang enggan mengakur pada perintah mereka. Kumpulan pelampau ini memusnahkan peti-peti kaca beberapa buah kedai tempatan. Mujurlah mereka yang diburu oleh kumpulan pelampau ini telah berjaya melarikan diri dan tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

           Apabila kejadian ini berlaku, banyak AJK yang ada kaitannya dengan urusan sekolah masing-masing meninggalkan pekan ini dan berhijrah ke tempat lain demi keselamatan diri dan keluarga mereka. Segala urusan sekolah diserahkan kepada Guru Besar untuk mengendalikannya.

            Setahun kemudian, kerajaan telah mengisytiharkan kawasan tertentu untuk menempatkan penduduk setempat daripada terus terganggu oleh kumpulan pelampau ini. Pihak berkuasa juga meluluskan peruntukan RM 40,000.00 untuk membantu membina bangunan sekolah yang baru.

           Oleh yang demikian, penduduk tempatan yang amat berprihatin terhadap pendidikan anak-anak sekali lagi melancarkan projek pembinaan sekolah. Satu jawatankuasa baru telah dibentuk dengan memilih Encik Lee Chu sebagai Pengerusinya. Encik Lee Wee Yong dipilih sebagai Naib Pengerusi, Setiausaha disandang oleh Wong Wen Lu manakala penolongnya ialah Koh Chong Ming. Bendahari Tan Ling Choon, Setiausaha Kerja Lam Rou Mei dan penolongnya Lee Chang Xiong. Jawatan Pegawai Perhubungan diberikan kepada Loh Kuang Hua dan penolongnya Kok Jie Mei. Barisan AJK Biasa terdiri daripada Chu Kek Seng, Shee Ping Hui, Teng Pin, Wong Jing Quan dan lain-lain.

            Encik Lim Wee Yong telah dipertanggungjawabkan untuk merancang projek pembinaan bangunan sekolah baru yang mengandungi 20 buah bilik darjah, 1 buah Bilik Guru, 1 buah dewan dan kira-kira 10 buah asrama guru. Tabung pembinaan bangunan sekolah baru turut dilancarkan melalui aktiviti mengutip derma di kalangan orang tempatan dan juga orang luar.

               Pada ketika itu, Encik Tay Xing Lun, Pengurus Kilang Nanas Kebun Nan Mah telah menghulurkan derma sebanyak RM 14,000.00. Ekoran daripada itu, orang ramai turut menyumbangkan derma untuk mengisi tabung ini. Sebagai menghargai sumbangan para penderma, nama mereka telah diabadikan pada kepingan gangsa lalu digantung pada dinding dewan tersebut. Projek pembinaan sekolah tersebut siap dibina pada Disember, 1952.

              Setelah sempurnanya projek pembinaan bangunan sekolah Fasa 1, Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah yang pertama ditubuhkan mengikut pemilihan secara demokrasi. Dalam pemilihan tersebut, Encik Lim Wee Yong terpilih sebagai Pengerusi manakala Naib Pengerusi disandang oleh Koh Chong Ming. Setiausaha Wong Wen Lu dan penolongnya Wong Jing Quan. Lam Rou Mei dipilih sebagai Setiausaha Kerja dan penolongnya Kok Jie Mei. AJK lain termasuk Loh Kuang Hua, Lee Chang Xiong, Shee Ping Hui, Teng Pin, Lim Chong Nan, Chu Kek Seng.

              Pada tahun 1953, Kementerian Pendidikan mencadangkan pertukaran nama sekolah agar sesuai dengan keadaan dan latar belakang pekan ini. Encik Lim Wee Yong dan Koh Chong Ming telah pergi berbincang dengan pegawai kanan Jabatan Pendidikan untuk memilih “Yu Ming”sebagai nama sekolah yang baru.

            Selepas itu, perkembangan projek tanah di Batu 28 menyebabkan banyak orang berhijrah ke sana. Anak-anak mereka dihantar belajar di sekolah ini. Sebagai akibatnya, bilangan anak murid bertambah dengan cepat dan pihak sekolah sekali lagi menghadapi masalah kekurangan bilik darjah.

              Pada tahun berikutnya, pihak berkuasa sekali lagi memberikan peruntukan sebanyak RM 13,000.00 untuk projek menambah 4 buah bilik darjah. Setelah siap projek pembinaan, sekolah yang kini memiliki 20 buah bilik darjah dapat menampung bilangan murid lebih daripada 1000 orang.

             Pada tahun-tahun berikutnya, bilangan anak murid terus bertambah sehingga menjejak jumlah angka 1800 orang. Untuk melicinkan proses P & P, murid-murid terpaksa diasingkan menjadi 2 sesi. Atas permintaan Lembaga Jemaah Pengurus sebagai langkah memastikan kelicinan pentadbiran, Kementerian Pendidikan telah meluluskan sekolah ini dipecahkan menjadi 2 buah sekolah. Sekolah Yu Ming (2) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1964.

             Sejak itu, kedua-dua buah sekolah mempunyai sistem pentadbiran masing-masing. Encik Chui Ling Yong dilantik sebagai Guru Besar pertama di S.J.K. (C) Yu Ming (1) manakala Encik Gan Heng Leong dilantik sebagai Guru Besar S.J.K.(C) Yu Ming (2). 

        Barisan Guru Besar kedua-dua buah sekolah hingga kini adalah seperti berikut:

      S.J.K.(C) YU MING (1)                           S.J.K.(C) YU MING (2) 

1.     CHIU LIM YONG

2.     CHEN CHIN TAI

3.     TAY HENG CHONG

4.     CHUA MENG NANG

5.     GAN SWEE SIN

6.     ANG TECK YORK

7.     TAN KEE TENG

丘林容

陈金泰

郑兴宗

蔡明南

颜瑞新

洪德耀

陈祈锭

1.     GAN HENG LEONG

2.     TAN SENG HUAT

3.     LIM LONG HENG

4.     LAI SWEE HONG

5.     KAN AH MORK

6.     HOR SIEW YOONG

7.     CHAI MOY KEE

颜兴隆

陈成发

林隆兴

赖瑞洪

陈雅穆

何秀榕

蔡枚芝

****   ****   ****   ****   ****   ****   ****    ****    ****   ****    ****   

Sejarah ini disediakan oleh En.Tan Kee Teng, Guru Besar S.J.K.(C) Yu Ming (1) berdasarkan catatan Encik Lim Wee Yong pada tahun 1992. Pihak sekolah meminta maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang bukan disengajakan, khasnya nama-nama tokoh sekolah yang diterjemah daripada nama dalam Bahasa Cina. Pihak sekolah tidak terdaya mengumpulkan maklumat dalam masa yang begini singkat kerana ketiadaan bahan-bahan sejarah di sekolah.

 

    Terima Kasih kepada sesiapa yang membantu saya dalam tugas ini.