Make your own free website on Tripod.com

 

 

Bahawasanya kami warga SJK(C) YU Ming (1), akan berganding bahu dan bekerjasama dengan sepenuh tenaga ke arah :

  1. Menyediakan kemudahan-kemudahan untuk membantu murid-murid yang berkebolehan dan berpotensi berkembang maju dari segi inteleknya dan seterusnya mencapai pendidikan yang cemerlang.
  2. Memastikan tenaga pendidik di sekolah ini mempunyai pengerahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhtisas serta kepercayaan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu pendidikan.
  3. Memastikan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar yang cukup bagi melahirkan manusia yang boleh memberi sumbangan yang positif kepada nusa dn bangsa.

    Sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung perkara di atas,
    sila berhubung dengan :

    Pejabat Pendidikan Daerah,
    Daerah Pontian.

 

   Memerhati perkembangan dan keupayaan setiap murid  dalam penguasaan kemahiran dan 

pengetahuan disetiap  bidang pelajaran dan pembelajaran. Juga mengesan  kemampuan setiap

murid dari segi sikap, nilai murni dan  perlakuan murid agar matlamat kurikulum dan  ko-kurikulum kepada murid berkesan dan tercapai sepenuhnya.

 

 

 

Sebagai sebuah tempat gedung ilmu di peringkat pendidikan rendah,  tugas kami amat penting dalam pembentukan minda awal kanak-kanak. Kami semua telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik serta membimbing murid-murid sekolah ini bagi menghasilkan individu yang akan berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani mahupun emosi. Dengan pendidikan yang berterusan dan bersistematik di bawah Dasar Pendidikan Negara, kami yakin akan dapat melahirkan generasi-generasi yang berilmu pengetahuan tinggi, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mempunyai wawasan tersendiri.